BAZAR RAYA NADI 2026
Jom meriahkan Bazar Raya NADI bersama komuniti!
Pelbagai jualan menarik seperti makanan, kuih raya, pakaian, dan barangan Raya menanti anda.
Orang ramai dijemput hadir untuk membeli-belah sambil menyokong peniaga tempatan dalam suasana Hari Raya yang meriah dan mesra keluarga.
Kepada komuniti yang berminat untuk berniaga, anda amat dialu-alukan untuk menyertai bazar ini.
Tempat jualan turut disediakan bagi memberi peluang kepada usahawan kecil dan peniaga tempatan menjana pendapatan sempena musim perayaan.
Lokasi: NADI Pekan Tatau
Tarikh: Sabtu, 14 Mac 2026
Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang
Mari bersama-sama memeriahkan Bazar Raya NADI
