Pada 19 Januari 2019 hingga 20 januari 2019, Pusat Internet pekan Tatau dengan kerjasama JKKK Kampung Dagang Tatau akan mengadakan satu aktiviti yang bertemakan “JOM SIHAT”bertempat di Pusat Internet Pekan Tatau ( 19 januari 2019 ) dan Pusat Aktiviti JKKK Kampung Dagang Tatau ( 20 Januari 2019 )
Program ini bertujuan untuk melahirkan warga setempat yang mengamalkan gaya hidup yang sihat. di samping itu, ia bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada warga setempat. pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan.
Antara aktiviti yang diadakan ialah :
- Pertandingan Masakan Menu Sihat
- Pertandingan Mewarna Poster Jom Sihat
- Pertandingan Artikel bertemakan Gaya Hidup Sihat
- Pertandingan Usahawan Aktif
- Kuiz Kesihatan
- Pertandingan Sukaneka
- Senamrobik
- Periksaan Kesihatan





