Klik Dengan Bijak

Aktiviti Semasa | August 10, 2015

Klik Dengan Bijak

Program klik dengan bijak giat kami jalankan di Perpustakaan Jalur Lebar Tatau dan juga SK Tatau.Kami bekerjasama dengan guru SK Tatau untuk menganjurkan program Klik Dengan Bijak di sekolah terutamanya pada waktu persekolahan.Program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang keselamatan menggunakan Internet.Disamping itu,dapat menyedarkan murid bahawa jangan mudah terpedaya dengan rakan yang dikenali di Internet.

Video mengenai Klik Dengan Bijak juga ditayangkan untuk menyampaikan mesej kepada para pelajar mengenai cara menggunakan Internet dengan selamat.Pertandingan juga kami jalankan untuk menarik minat pelajar untuk menyertai program kami pada masa akan datang.