mcmc
Maklumat Setempat

PERTANDINGAN POSTER KREATIF

Capture

 

Capture

 

PERTANDINGAN POSTER KREATIF

DAKWAH DIGITAL / KLIK DENGAN BIJAK

 

post webbanner-01

 

post posterA4-01

 

LATAR BELAKANG PERTANDINGAN

  • Hasil inisiatif dari kerjasama JAKIM & MCMC sebagai satu platform perlaksanaan advokasi ICT yang lebih menyeluruh.
  • Pertandingan rekabentuk poster advokasi ICT ini bertemakan isu keselamatan internet dengan suntikan elemen nilai-nilai murni agama Islam.
  • Tempoh pertandingan dirangka bermula 1 September 2016 hingga 30 November 2016.
  • Kaedah ini adalah salah satu langkah untuk memperkasakan masyarakat mengenai mesej-mesej advokasi dan mempelbagaikan platform dakwah.

TEMA PERTANDINGAN 

Tema 1 : Sabar sebelum sebar. ( Perkongsian Maklumat Palsu )

Tema 2 : Mana Adab ( Penggunaan Berhemah )

Tema 3 : Syurga ekspress? ( Extremism )

Tema 4 : Permata hatiku ( Perlingdungan Kanak-kanak Di Atas Talian )

Tema 5 : Antara pahala dan dosa ( Perkongsian Maklumat )

Tema 6 : Menjauhkan yang dekat ( Ketagihan Internet )

 

KELAYAKAN

Kategori Umum

: 18 tahun dan ke bawah

: 19 tahun ke atas

Kategori Komuniti Pusat Internet 1Malaysia

: Terbuka

Setiap penyertaan hanya layak dipertandingkan dalam satu kategori sahaja.

 

MEDIA

Peserta diberi kebebasan untuk menghasilkan karya digital mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan jenis-jenis media berikut:

: infografi

: typografi

: fotografi atau

: ilustrasi – Digitalvdan lukisan tangan ( lukisan tangan hendaklah diimbas/ scan untuk penyerahan )

Bahasa Pengantaraan

: Bahasa yang digunakan di dalam karya mestilah Bahasa Melayu.

: Penyertaan hasil karya yang menggunakan bahasa slanga ( slang ) atau ayat yang mempunyai makna tersembunyi akan disingkirkan secara automatik, mengikut budi bicara pihak penganjur.

Hasil karya hendaklah dihantar kepada pihak penganjur bagi tujuan pertandingan ini dalam bentuk jpeg dan muatnaik ke portal pertandingan iaitu dilaman sesawang www.dakwahdigitalkdb.my

 

SAIZ HASIL KARYA

Saiz dan dimensi hasil karya beresolusi tinggi ( final artwork ) adalah seperti berikut :

: Size 11″ x 17″ ( 28cm x 43cm ) (A3)

: Resolusi : 150dpi

: Orentasi : Potret

: Format : Jpeg

: Maksima File Upload : 1MB (1000kb)

Fail digital hasil karya yang dihantar bagi tujuan pertandingan ini perlu dinamakan dengan nama penuh peserta diikuti dengan kategori penyertaan dan tema.

Contoh : muhammad ahmad_umum_sabar sebelum sebar.

 

Tarikh tutup penyerahan hasil karya untuk setiap tema adalah seperti berikut :

Tema 1 : 15 September 2016

Tema 2 : 30 September 2016

Tema 3 : 15 Oktober 2016

Tema 4 : 30 Oktober 2016

Tema 5 : 14 Oktober 2016

Tema 6 : 29 Oktober 2015