mcmc
Maklumat Setempat

PERTANDINGAN USAHAWAN TERBAIK PUSAT INTERNET 1MALAYSIA 2017

KEUSAHAWANAN

BERITA BAIK UNTUK USAHAWAN-USAHAWAN SEMUA !!

Pihak MCMC di bawah Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Kandungan (CDMD) sedang menganjurkan Pertandingan Usahawan Terbaik Pusat Internet 1Malaysia 2017. Pertandingan ini telah dibuka sejak 2 Ogos yang lalu dan ditutup pada 25 Ogos 2017.

 

Objektif pertandingan ini adalah untuk menghargai dan mengiktiraf pencapaian usahawan di kalangan komuniti sekitar Pi1M disamping menyuntik semangat mereka dalam mengejar kecemerlangan ke arah pembangunan ekonomi negara.

 

Oleh itu, para usahawan disarankan untuk menyertai pertandingan Usahawan Terbaik Pusat Internet 1Malaysia 2017.

 

Untuk makluman semua, petugas PI1M akan membantu anda mengisi borang dalam talian dan sebarang pertanyaan sila datang ke Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tatau @ PI1M yang berdekatan.

 

#PELBAGAI HADIAH MENARIK MENANTI ANDA 

 

KEUSAHAWANAN