𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚!
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐊𝐎𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐂𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐀𝐃𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐂𝐨𝐡𝐨𝐫𝐭 𝟏)
NADI x Keusahawanan dengan sukacitanya mengumumkan Program Pencarian IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 untuk pengambilan Cohort 1!
Objektif Program: Program ini bertujuan untuk memupuk pengetahuan dan semangat keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan remaja (7-17 tahun).
Fasa Program:
1️⃣ Fasa 1: Latihan dalam talian & Pembelajaran Video On-the-Go (22 Feb – 30 Mei 2025)
2️⃣ Fasa 2: Kem Keusahawanan Peringkat Nasional – National Bootcamp (31 Mei – 1 Jun 2025)
3️⃣ Fasa 3: 20 IKON USAHAWAN CILIK dipilih untuk Persidangan NADI (Julai 2025)
Sasaran: Penyertaan seluruh NADI di seluruh negara untuk memilih 20 IKON Usahawan Cilik terbaik yang akan dipersembahkan di Persidangan NADI 2025.
Syarat Penyertaan:
Warganegara Malaysia
Berusia 7 – 17 tahun
Kanak-kanak Lelaki & Perempuan
Berdaftar sebagai Ahli NADI
Mempunyai minat dalam bidang perniagaan
Mendapat kebenaran Ibu bapa / Penjaga
Jom, rebut peluang menjadi IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025!



